Sunday, 15 April 2012

Bicara Hatiku...

           Tahun ni umurku mencecah 20 tahun. Harapanku nak berjaya dalam hidup. Aku teingin sangat nak dapat dekan pada sem ni. Tapi tak tahu la macam mana. Harap-harap doaku ini dimakbulkan. Walaubagaimanapun aku pasrah dan redha. Kita hanya merancang tapi allah yang tentukan segalanya. Cuti sem kali ni aku rasa boring sangat-sangat. Aku tak tahu nak buat apa, nk keja x der keja kosong lak. Erm... Nak g jalan-jalan x de teman. Kadang aku terfikir juga kan bagus kalau aku de "teman tapi mesra". haha.. Terover la pula. Aku sememangnya tak "mempunyai teman tapi mesra" dari dulu sampai sekarang. Aku tahu tak der sapa yang nak kat aku sebab aku ni x secantik teman-temanku yang lain. Dia orang semuanya cantik. Ramai peminat lagi tu. aku ni hanya tempat untuk dia orang luahkan perasaan jew bila dorang der masalah ngn boyfriend dia orang. Mak pon ada tanya gak aku ni tak der sapa2 ker. Mak kata aku ni x pandai cari. Masalahnya sekarang x kan la aku nak terhegeh-hegeh kat laki. Aku tahu apa maksud mak sebenarnya. Mak nak x nak aku jadi macam kakak aku. Bila timbul aje soal kahwin ni. Aku pasrah jew pada allah. Aku yakin jodoh pertemuan tu ditangan allah. 
          Terinagat zaman sekolah. Ramai kawan aku cakap yang aku akan kahwin awal daripada dia orang. Aku pon x faham kenapa dorang bole terfikir macam tu. Sedangkan aku calon pon x der. Aku pernah tanya dorang knp cakap macamtu kn. Dorang mati akn cakap sebab aku ni x pernah bercinta. So msti kahwin awal. Hisss x masuk akal btol la. x kn la aku yang tak pernah becinta ni bole kahwin awal. Ermmm.. Mmg x masok akal. Sapa jew la nk msuk meminang aku ni. Ermmm.. Kalaulah ada anak datuk yg ada syarikat sendiri yang kaya dengan budi pekerti n tak sombong masuk meminag aku memang aku terimala. haha... aku suka sgt tengok lelaki yang pakai kot n baju formal x pon pilot..haha..  Angan-angan lebih.. teringat semalan cerita landasan cinta..sweet sgt.. tp hidup kita ni bkn macam drama yang kat tv or macam kat novel yang kerap aku baca. kesemuanya berkesudahan dengan perkara yang baik dan romentik.. itu semua lakonan jew.. haha.. k la klu aku taip lagi ni makin mengarut2 lagi la jawabnya.. haha.. Aku hanya mampu berdoa supaya aku tak terpesong dijalan yg Engkau murkai..
  





No comments:

Post a Comment