senyumlah,sayang senyumlah.. jgn kau bersedh,sedih selalu.. kerana ada hikmah disebalik setiap yg berlaku.. senyumlah selalu..:)
Wednesday, 23 May 2012
COBAAN....^__^!!
Apalah nasibku harini semua serba x kena. Di tempat kerja, sewaktu aku n pemenent nk gantikan seluar kat patung@ model susah sangat untuk kami menggantikan seluar tersebut. Sampai 1 jam kami usaha sehingga berjaya. Alhamdullillah akhirnya berjaya juga. Tapi cubaan lain pula yang datang. semasa aku nak cek sample ada baju hilang satu kami gelabah mencarinya sehingga tidak jumpa. Akhirnya kami sepakat untuk menggantikan dengan yang baru. Kami terpaksa buat begitu supaya tidak berlaku konflik antara kedua2 pemenent aku. Aku pon x tahu apalah masalah dorang. Bg pendapat aku dua2 sama sahaja keras kepala dan cepat marah. Tapi dorang x nk bincang pon masalah g dihadapi . Aku nilah yang jadi mangsa keadaan. Apa la yang harus aku lakukan... Cobaan..
Friday, 18 May 2012
Subbahanallah..
Kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita, kerana kita tidak boleh selalu melihat ke belakang. Tapi pandanglah semua itu ke depan, pandanglah masa depan kita.
Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah.
Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan.
Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi kita hanya diberi 1 buah mulut. Kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan. Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya.
Kita lahir hanya dengan 1 hati jauh di dalam diri kita. Mengingatkan kita pada penghargaan dan pemberian cinta diharapkan berasal dari hati kita yang paling dalam. Belajar untuk mencintai dan menikmati betapa kita dicintai tapi jangan pernah mengharapkan orang lain untuk mencintai kita seperti kita mencintai dia.
Berilah cinta tanpa meminta balasan dan kita akan menemui cinta yang jauh lebih indah.
Syoknya cuti!!
Hari ini aku cuti. Best sangat2 x payah la aku nak lipat baju jew. hihihi.. Tapi nak wat cam ner da keja aku memang macam tu ikhlas kan hati jew la. Kita kerja kerana allah. Walaupun cuti kerja rumah tetap kena wat juga. Hari ini mak kena pergi rewang kat uma jiran sebelah. So akulah yang kena jaga budak2 dan uruskan rumah. Yang membuatkan aku tak boleh lupa, ntah macam mana aku bole masak telur sampai hangus.. haha.. semua tak nak makan kata aku masak telung geseng. Aku pon apa lagi kelentong la buda2 tu cakap yang telur ini bukan geseng tapi aku letak kicap.. haha.. Pandai x aku auta dia orang. Jahatnya la kau ni. tapi nak wat cam ner tipu sunat . hehe.. lawak sangat2.. hidup ni kadang memang kelakar kan..haha.. :D
Friday, 4 May 2012
AMALAN SUPAYA ANAK TIDAK DEGIL
![]() |
1. Semasa anak, isteri @ suami kita sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya (subconscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).
2. Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun-ubun orang yang ingin anda nasihati.
3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhammad dan bacalah surah al fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.
4. Angkat ibu jari anda, kalau boleh janganlah diputuskan zikir didalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya nasihatinya agar tidak selalu melewatkan solat, banyakkan berselawat, banyak bersabar. Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda.
5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah anda berjaya dengan kaedah ini dengan pertolongan Allah SWT.
Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah "saya didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah dididik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah dididik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi.
*Mengikut logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri.
Subscribe to:
Comments (Atom)
